LatihTubi terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah tahun 4 hingga 6 dan pelajar sekolah menengah tingkatan 1 hingga 3 yang akan mengambil peperiksaan UPSR dan SPM.
Semua pelajar dikenakan bayaran langganan bagi mengakses sepenuhnya program pembelajaran LatihTubi. Ini bermakna pelajar yang hanya mendaftar sebagai ahli LatihTubi tetapi tidak membuat bayaran langganan hanya dapat mengakses set soalan demo sahaja manakala bagi pelajar yang membuat bayaran langganan dapat mengakses kesemua set soalan, dan menggunakan kesemua kandungan seperti permainan dan kuiz.
Langganan sebagai ahli LatihTubi.
Untuk mengakses sepenuhnya semua set soalan, pelajar perlu membayar yuran langganan.
Yuran langganan adalah RM50 untuk pakej 12 bulan (1 tahun) langganan.
Pembayaran mestilah dibuat kepada Creative Online Solutions (001793270-T).
Yuran yang telah dibayar tidak akan dipulangkan.
Tarikh aktif adalah bermula dari dari pembayaran telah dilakukan dan status pelajar diaktifkan dan tarikh tamat tempoh adalah sehingga tempoh masa pakej yang dilanggan telah tamat. Contoh untuk pakej 1 tahun, tarikh aktif pelajar adalah 15hb Februari 2012 dan tarikh tamat tempoh adalah 14hb Februari 2013.
Status Ahli
Aktif – Bagi ahli yang telah membuat pembayaran bagi melanggan pakej-pakej LatihTubi. Semua set soalan dan aktiviti di dalam LatihTubi dapat diakses sepenuhnya oleh ahli LatihTubi yang berstatus aktif.
Tidak Aktif – Bagi ahli yang baru sahaja mendaftar sebagai ahli LatihTubi, status mereka adalah tidak aktif. Pelajar hanya boleh mengakses set-set soalan demo sahaja dan sebahagian aktiviti.
Tamat Tempoh – Status ahli akan tamat tempoh setelah pakej langganan mereka telah lebih dari tarikh tamat tempoh.