-
Selamat Datang ke LatihTubi
- Latihtubi adalah sistem pembelajaran secara online atau e-learning, dimana pelajar boleh menjawab set-set soalan latihan secara online dengan mudah, pantas dan berkesan. LatihTubi direka khas supaya memudahkan pelajar menjawab soalan latihan secara digital dan interaktif. LatihTubi mengandungi pelbagai bentuk jenis soalan yang menyerupai bentuk soalan sebenar supaya pelajar dapat membiasakan diri untuk menjawab ujian dan peperiksaan yang sebenar. Setiap soalan mempunyai susun atur yang kemas untuk keselesaan pelajar.
-
LatihTubi terbuka kepada pelajar-pelajar tahun 4 hingga 6 dan tingkatan 1 hingga 3, terutamanya pelajar tahun 6 dan tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR dan PMR tahun ini.
Kelebihan LatihTubi
Sistem ini adalah alternatif kepada sistem yang sedia ada di mana pelajar menjawab set-set soalan di buku-buku latihan dan kemudian menyemak jawapan sendiri. Dengan sistem LatihTubi ini, pelajar dapat menjimatkan masa kerana jawapan akan disemak dan markah akan diberikan terus oleh sistem setelah selesai menjawab set soalan. Dengan itu, pelajar dapat menjawab lebih banyak set soalan pada satu masa setelah selesai mengulangkaji sesuatu pelajaran.
-
Meningkatkan Prestasi Pelajar
Buku rekod turut disediakan supaya pelajar dapat melihat prestasi mereka sepanjang menggunakan sistem ini. Semua keputusan atau markah akan direkodkan di sini. Pelajar juga boleh menyemak semula set soalan yang telah dijawab tersebut untuk tujuan ulangkaji.
-
Lebih Latihan
Set-set soalan latihan LatihTubi dihasilkan oleh guru-guru yang berpengalaman luas dalam membuat soalan-soalan peperiksaan. Set-set soalan latihan ini akan sentiasa diperbaharui setiap masa supaya pelajar-pelajar LatihTubi dapat menjawab sebanyak mungkin set-set soalan latihan dalam sesuatu masa.
-
Ciri-ciri Menarik LatihTubi
- Merangkumi semua set soalan latihan topikal, ujian dan peperiksaan di setiap tahap.
- Set soalan ditambah dari semasa ke semasa.
- Jenis bentuk soalan berdasarkan format peperiksaan sebenar dan di dalam buku latihan.
- Mengandungi jam masa untuk set soalan yang diberi tempoh masa.
- Terdapat panel soalan untuk menyemak soalan yang sudah atau belum di jawab.
- Pengiraan markah secara automatik sejurus tamat menjawab set soalan.
- Set soalan yang telah dijawab boleh di ulangkaji untuk menyemak jawapan yang betul.
- Semua keputusan disimpan di dalam buku rekod pelajar untuk mengetahui prestasi terkini pelajar.
- Pelajar yang mendapat keputusan tertinggi akan di paparkan pada laman senarai pelajar terbaik.
- Bahan bacaan seperti tip-tip belajar, peperiksaan, motivasi, pengetahuan am untuk bacaan pelajar.
- Permainan interatif yang mencabar minda pelajar seperti Sudoku, Guess Word, Brain Machine, Robo Chess, Line Up and Type n Pop.
-
10 Sebab Kenapa Anda Perlu Menjadi Ahli LatihTubi
- Mudah - Hanya terus menjawab di depan komputer anda pada bila-bila masa.
- Interaktif - Sistem latihtubi yang interaktif untuk menambah minat para pelajar.
- Teratur - Susunan soalan mengikut tahap, kategori dan topik serta susun atur soalan yang kemas untuk keselesaan anda menjawab soalan.
- Mesra pengguna - Reka bentuk laman web yang mudah digunakan.
- Pantas - Sistem dibangunkan dengan menggunakan teknologi web 2.0 terkini. Halaman dipaparkan dengan cepat.
- Jimat masa - Markah akan diberi sejurus tamat menjawab set soalan latihan, oleh itu anda boleh menjawab lebih banyak latihan dalam satu masa.
- Lebih latihan - Set soalan akan sentiasa ditambah dan anda boleh membuat latih-tubi berterusan.
- Berpatutan - Harga yang terendah dan mampu dimiliki oleh setiap pelajar.
- Pelbagai aktiviti - Terdapat bahan bacaan, permainan dan kuiz.
- Buku rekod - Buku rekod disediakan untuk merekod semua keputusan dan membantu menilai tahap prestasi anda.